Saturday, April 3, 2010

Daddy,daddy, ...sex tu apa, daddy..?


Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya
kepada daddynya,

Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan
zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah
anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang
sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang
sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan
moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang
dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi
katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan
pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula
kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah
menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak
yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah
kehairanan.

'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan
ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya
yang pada muka depan tertulis.... .




SCROLL DOWN....









NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ....
SEX :........... ......... ......... .....

4 comments:

  1. Mana ada tahap sekolah pakai sex untuk tunjukkan jantina. Orang pakai gender wo0o~

    ReplyDelete
  2. haha ayh dye pk len.. adoii.. wat malu jew

    ReplyDelete
  3. stelah bce dr atas..
    yg ni mmg lawak.. akkakakka
    bwat susah pk...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

TaBunG